Print

Bengkel Pengenalan Kepada End-Note Dan Cara Pembentangan Penyelidikan

Written by Pentadbir.

 

Satu bengkel bertajuk “ Pengenalan kepada ‘End-Note’ Dan Cara Pembentangan Penyelidikan” telah diadakan pada 23 Januari 2013 (Sabtu) bertempat di Makmal Komputer FBK yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Bahasa Dan Komunikasi (PPS-FBK) dalam pembelajaran mereka terutamanya menulis dan membentang tesis.

Bengkel berkenaan terbahagi kepada dua sesi:Pengenlan kepada ‘End-Note’ yang disampaikan oleh Dr. Mohd Afandi Bin Salleh (Pensyarah Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, FUHA, UniSZA) dan Cara Membentangakn Penyelidikan (Viva Voce) oleh Dr. Mohd Nazri Bin Latiff Azmi (Pensayarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, FBK, UniSZA). Seramai 12 orang pelajar sarjana dan PhD menghadiri bengkel tersebut dan sangat teruja mempelajari perisian ‘End-Note’ tersebut yang mana ia digunakan untuk membuat dan mengemaskini bibliografi. Perisian tersebut adalah sangat berguna kepada mereka dalam mengemaskini sumber rujukan bagi tesis mereka. Seterusnya, mereka juga diterangkan secara terperinci bagaimana cara untuk membentangkan hasil penyelidikan (Viva Voce)disamping berkongsi pengalaman membentangkan penyelidikan oleh Dr Mohd Nazri Bin Latiff Azmi.

Bengkel berkenaan diakhiri dengan perbincangan dan cadangan bagi mengadakan bengkel seterusnya untuk pelajar-pelajar pasca-siswazah FBK yang akan datang.

|| Gambar ||

Print

Jangan Marah!

Written by Pentadbir.

Jangan marah! Itu adalah tajuk utama program Mutiara Hadis anjuran Jabatan Bahasa Arab untuk siri yang ke-16. Program Mutiara Hadis kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Shaferul Hafes bin Sha’aari. Beliau telah mengupas hadis dan wasiat yang ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W berkaitan dengan marah. Antara intisari hadis ini ialah anjuran untuk mengawal perasaan marah dan sunnah-sunnah yang ditunjukkan oleh baginda Rasul dalam mengawal marah. Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat FBK ini dihadiri oleh para pensyarah dan kakitangan fakulti.

|| Gambar ||

Print

Lawatan Akademik FBK ke PSU

Written by Pentadbir.

Pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan akademik dan mengadakan mesyuarat kolaborasi ke Fakulti Sains Kemanusiaan dan Sains Sosial (HUSO), Prince of Songkla Universiti (PSU), Pattani pada 5 hingga 8 Februari 2013. Seramai enam orang staf akademik Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang diketuai oleh Dekan, Puan Hajjah Azizah binti Endut telah menyertai lawatan tersebut yang merupakan program lanjutan daripada MoU antara UniSZA dengan PSU yang telah ditandatangani pada 11 November 2011. Kunjungan kali ini adalah bertepatan dengan tarikh penganjuran Kolokium Pra-Siswazah anjuran PSU yang diadakan setiap tahun. Rentetan daripada mesyuarat kolaborasi yang telah diadakan, beberapa aktiviti melibatkan pelajar dan staf kedua-dua universiti telah dipersetujui.