Cetak

Jangan Marah!

Ditulis oleh Pentadbir.

Jangan marah! Itu adalah tajuk utama program Mutiara Hadis anjuran Jabatan Bahasa Arab untuk siri yang ke-16. Program Mutiara Hadis kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Shaferul Hafes bin Sha’aari. Beliau telah mengupas hadis dan wasiat yang ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W berkaitan dengan marah. Antara intisari hadis ini ialah anjuran untuk mengawal perasaan marah dan sunnah-sunnah yang ditunjukkan oleh baginda Rasul dalam mengawal marah. Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat FBK ini dihadiri oleh para pensyarah dan kakitangan fakulti.

|| Gambar ||

Cetak

Lawatan Akademik FBK ke PSU

Ditulis oleh Pentadbir.

Pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan akademik dan mengadakan mesyuarat kolaborasi ke Fakulti Sains Kemanusiaan dan Sains Sosial (HUSO), Prince of Songkla Universiti (PSU), Pattani pada 5 hingga 8 Februari 2013. Seramai enam orang staf akademik Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang diketuai oleh Dekan, Puan Hajjah Azizah binti Endut telah menyertai lawatan tersebut yang merupakan program lanjutan daripada MoU antara UniSZA dengan PSU yang telah ditandatangani pada 11 November 2011. Kunjungan kali ini adalah bertepatan dengan tarikh penganjuran Kolokium Pra-Siswazah anjuran PSU yang diadakan setiap tahun. Rentetan daripada mesyuarat kolaborasi yang telah diadakan, beberapa aktiviti melibatkan pelajar dan staf kedua-dua universiti telah dipersetujui.

Cetak

Mutiara Hadis Siri-15

Ditulis oleh FBK.

Mutiara Hadis Siri-15

Selasa | 29 Januari 2013 : Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah menganjurkan satu lagi siri Program Mutiara Hadis bertempat di Bilik Mesyuarat FBK. Program ini merupakan program bulanan jabatan untuk membincang dan berkongsi ilmu berkenaan hadis-hadis yang terdapat di dalam buku ’40 Hadis Imam Nawawi’. Program Mutiara Hadis kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Abdul Hamid dan beliau telah menghuraikan hadis ke-15 daripada rangkaian Hadis Imam Nawawi. Hadis ini membicarakan tentang adab-adab baik yang perlu dilazimi oleh setiap individu Muslim dalam kehidupan seharian. Hadirin terdiri daripada pensyarah dan kakitangan FBK.

|| Gambar ||