Cetak

Mutiara Hadis Siri-15

Ditulis oleh FBK.

Mutiara Hadis Siri-15

Selasa | 29 Januari 2013 : Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah menganjurkan satu lagi siri Program Mutiara Hadis bertempat di Bilik Mesyuarat FBK. Program ini merupakan program bulanan jabatan untuk membincang dan berkongsi ilmu berkenaan hadis-hadis yang terdapat di dalam buku ’40 Hadis Imam Nawawi’. Program Mutiara Hadis kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Abdul Hamid dan beliau telah menghuraikan hadis ke-15 daripada rangkaian Hadis Imam Nawawi. Hadis ini membicarakan tentang adab-adab baik yang perlu dilazimi oleh setiap individu Muslim dalam kehidupan seharian. Hadirin terdiri daripada pensyarah dan kakitangan FBK.

|| Gambar ||

Cetak

Mesyuarat Penyelidik Dana UniSZA

Ditulis oleh FBK.

Taklimat Dana Penyelidikan

Selasa | 22 Januari 2013 : Pihak pengurusan Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah mengadakan satu Mesyuarat Penyelidik Dana UniSZA peringkat fakulti yang membincangkan maklumat berkaitan dengan geran penyelidikan UniSZA serta prosedur yang perlu dipatuhi. Mesyuarat tersebut dikendalikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FBK, Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri Mat Teh.

|| Gambar ||

Cetak

Sesi Taklimat Audit

Ditulis oleh FBK.

Sesi Taklimat Audit Pengajaran 2013

Selasa |15 Januari 2013 : Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah mengadakan satu sesi taklimat audit penagajaran serta penyediaan fail kursus kepada semua staf akademik peringkat fakulti. Sesi taklimat tersebut telah dikendalikan oleh YM. Engku Suhaimi Engku Atek yang bermula pada jam 2.30 petang bertempat di bilik Umar 01. Para staf akademik didedahkan tentang penyediaan fail kursus serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Sesi taklimat berakhir pada jam 4 petang.

|| Gambar ||