Cetak

Taklimat Program Penguasaan Bahasa Arab Untuk Tujuan Komunikasi FPPP

Ditulis oleh Pentadbir.

26 September 2012 | Pihak Jabatan Bahasa Arab, FBK telah mengadakan sesi taklimat program Penguasaan Bahasa Arab untuk Tujuan Komunikasi kepada seramai 156 pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan  (FPPP) yang menyertai program ini. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pengarah program iaitu Encik Mohd Shahrizal bin Nasir. Sesi ini juga diserikan dengan slot motivasi oleh ketua Jabatan Bahasa Arab, Dr. Zulazhan bin Abdul Halim. Sesi pengajaran dan pembelajaran  akan dijalankan pada setiap hari Rabu selama dua semester bermula sesi pengajian semester 1, 2012/2013.

Program ini merupakan satu usaha untuk memberi nilai tambah kepada para pelajar berkaitan penguasaan bahasa asing sebagai bahasa ketiga. Hasrat murni pihak Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) yang melihat keperluan bahasa Arab dikuasai oleh para pelajar FPPP amat wajar direalisasikan dengan kerjasama antara FBK dan FPPP. Justeru, kesemua aktiviti yang dirancang sepanjang program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan kumpulan pelajar sasaran, selain untuk menambah keyakinan dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa al-Qur’an.

|| Gambar ||

Cetak

Sekalung Tahniah!

Ditulis oleh Pentadbir.

Pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada tujuh (7) orang staf akademik yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pensyarah Universiti Gred DS52 (Pensyarah Kanan). Semoga ia menjadi pemangkin ke arah pemerkasaan fakulti, dan motivasi dalam merekayasa ilmu yang menjadi amanah Allah SWT. Pastinya ia menjadi kebanggaan setiap warga FBK. Sekali lagi tahniah. Ia adalah kelebihan dari Allah SWT, diberikan kepada hambaNya yang dikehendaki.

Tahniah kepada :
1.    Puan Akmah binti Yusof
2.    YM. Engku Suhaimi bin Engku Atek
3.    Puan Kamariah binti Yunus
4.    Encik Shahzool Hazimin bin Azizam
5.    Puan Sharifah Nor Madihah binti Syed Omar
6.    Puan Wan Faridah binti Wan Sembok
7.    Puan Zailani binti Jusoh



Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA

Sekalung Tahniah !

Pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada tujuh (7) orang staf akademik yang telah berjaya dalam permohonan untuk kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Universiti Gred DS52 (Pensyarah Kanan). Semoga ia menjadi pemangkin ke arah pemerkasaan

fakulti, dan motivasi dalam merekayasa ilmu yang menjadi amanah Allah SWT. Pastinya ia menjadi kebanggaan setiap warga fakulti FBK. Sekali

lagi tahniah. Ia adalah kelebihan dari Allah SWT, diberikan kepada

hambaNya yang dikehendaki.

Tahniah kepada :

1. Puan Akmah binti Yusof

2. Engku Suhaimi bin Engku Atek

3. Puan Kamariah binti Yunus

4. Encik Shahzool Hazimin bin Azizam

5. Puan Sharifah Nor Madihah binti Syed Omar

6. Puan Wan Faridah binti Wan Sembok

7. Puan Zailani binti Jusoh

(susunan mengikut abjad)

Cetak

Tahniah Dr. Zulazhan Ab. Halim

Ditulis oleh FBK.

Tahniah Dr. Zulazhan Ab. Halim

Seluruh warga Fakulti Bahasa dan Komunikasi merakamkan ucapan TAHNIAH dan
SYABAS  kepada Dr. Zulazhan Ab. Halim, Ketua Jabatan Bahasa Arab, di atas
penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).

Semoga Dr. Zulazhan terus maju dan cemerlang dalam kerjaya. Tahniah.