Cetak

Bengkel Pemurnian Laman Web FBK

Ditulis oleh FBK.

Gong Badak, Kuala Terengganu -  FBK telah mengadakan satu bengkel pemurnian laman web di Makmal Bahasa 2 pada 1 Mac 2012 bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Tujuan bengkel ini adalah untuk mengemaskini laman web FBK. bengkel berkenaan telah dihadiri oleh seramai 10 orang ahli jawatankuasa laman web FBK yang mana ia telah di ketuai oleh Ustaz Hazli bin Yah @ Alias.

Sebagai pemudahcara bagi bengkel ini, pihak FBK telah menjemput Encik Nik Farid bin Mohd (Pegawai Pusat Teknologi Maklumat) sebagai fasilitator. bengkel yang dianjurkan ini telah sedikit sebanyak memberi satu anjakan baru dan juga menambah baik penampilan laman web FBK bagi tatapan umum.

 

 

 

[Kembali]

Cetak

Bengkel Penulisan Buku Bahasa Arab

Ditulis oleh Pentadbir.

Bengkel Penulisan Buku Teks Bahasa Arab dan Buku Tema Peringkat Jabatan Bahasa Arab telah diadakan di Hotel Felda Residence pada 29 dan 30 Julai 2011. Seramai 18 orang kakitangan Jabatan Bahasa Arab terlibat di dalam bengkel tersebut. Bengkel selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA. Bengkel pada hari pertama membincangkan penulisan 3 buah buku teks manakala  pada hari kedua memfokuskan penulisan buku bertema. Bengkel tersebut telah berjaya mencapai objektif yang digariskan.

 

 

 

<<< kembali

Cetak

Bengkel Penulisan Buku Jabatan Bahasa Arab

Ditulis oleh Pentadbir.

Bengkel tersebut akan diadakan sepertimana butiran di bawah : -

Tarikh : 29 - 30 Julai (Jumaat - Sabtu)

Tempat : Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu

Klik di sini untuk berita selanjutnya.