Cetak

Anugerah Kecemerlangan 2016

Ditulis oleh Pentadbir.

apc2016

 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor dan Penganugerahan Kecemerlangan UniSZA 2016 pada 1 Jun 2016 bertempat di Dewan Gimnasium, UniSZA Kampus Gong Badak. Majlis yang dihadiri oleh semua staf UniSZA ini dimulakan dengan penyampaian Syarahan Naib Canselor UniSZA oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif. Majlis tersebut turut diserikan dengan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015. Seramai tiga orang staf Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah terpilih untuk menerima APC bagi tahun 2015. Para penerima anugerah adalah sepertimana berikut:

1                       8                      7            

 Dr. Nurazan binti Mohmad Rouyan         En. Wan Abdul Hayyi bin Wan Omar               Puan Akmah binti Yusof

 

Dalam pada masa yang sama, dua buah buku hasil karya pensyarah FBK telah mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Buku UniSZA 2016. Buku yang berjudul Bahasa Al-Quran Yang Tersurat dan Tersirat (Zulazhan Ab. Halim, Mohd Shahrizal bin Nasir, Mohd Hazli bin Yah @ Alias dan Mohd Fauzi bin Abdul Hamid) telah memenangi tempat ketiga dalam kategori Royalti Buku Tertinggi. Bagi kategori Royalti Terbitan PdP Tertinggi, buku al-Murshid fi Ta'allum al-Lughah al-'Arabiyyah (Norhayati Che Hat, Siti Salwa Mohd Noor, Mohd Ala-Uddin Othman dan Mohd Fauzi Abdul Hamid) telah memenangi tempat kedua. Tahniah diucapkan atas kejayaan para penerima anugerah. Semoga pengiktirafan yang diberi menjadi suntikan semangat untuk terus berdaya saing dalam menghasilkan penerbitan yang bermutu pada masa akan datang.

Cetak

Syarahan Akademik bersama Jemputan Khas

Ditulis oleh Pentadbir.

nathan

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin telah menganjurkan syarahan akademik selama dua hari bersama Mr. Nathan John Albury dari Universiti Oslo, Norway. Syarahan akademik tersebut telah berlangsung pada 25 dan 26 Mei 2016 dan telah dihadiri oleh para pelajar dan staf akademik FBK.

Penceramah telah membentangkan kertas kerja beliau berjudul 'Who's afraid of the big bad wolf? English in the globalized economy'. Intipati kertas kerja tersebut antaranya memberi penekanan terhadap kepentingan berbahasa Inggeris dalam bidang pendidikan, penggubalan polisi dan penyelidikan dalam konteks era globalisasi.

Syarahan akademik tersebut juga telah memberi impak positif kepada pelajar-pelajar prasiswazah kerana mereka juga diberi penekanan yang jitu mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan tentang prosedur menjalankan penyelidikan dalam sesi perbincangan bersama penceramah tersebut.

Agenda utama syarahan akademik ini ialah sesi bersama staf akademik yang diadakan pada hari kedua program. Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman antara penceramah dan staf akademik telah dijalankan dan antara hasil perbincangan ialah telah tercetusnya idea untuk menjalinkan kerjasama antara penceramah dan pihak FBK daripada aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan. Penceramah juga amat berbesar hati untuk membantu FBK dalam penghasilan jurnal pertama FBK iaitu JONUS.

Pada akhir sesi syarahan akademik tersebut, Prof. Dato' Dr. Haji Mohamed Anwar bin Omar Din, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mr. Nathan Albury atas syarahan akademik dan sesi perkongsian ilmu yang diberikan. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Mr. Nathan Albury sebagai tanda penghargaan atas masa dan ilmu yang telah beliau sampaikan.

 

ll Galeri ll

Cetak

Majlis Anugerah Dekan 2015

Ditulis oleh Pentadbir.

melayu35

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah menganjurkan Majlis Anugerah Dekan 2015 untuk meraikan kecemerlangan para pelajar bagi Semester II 2014/2015 dan Semester I 2015/2016. Majlis yang berlangsung dengan jayanya ini telah diadakan pada 10 Mac 2016 bertempat di Dewan Perdana, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Seramai lebih 400 pelajar dan warga FBK menghadiri majlis yang dirasmikan oleh Dekan FBK, Profesor Dato' Dr. Haji Mohamed Anwar bin Omar Din.

Turut berlangsung pada majlis tersebut adalah perjumpaan mentor-mentee antara pensyarah dan pelajar FBK. Seperti tahun sebelumnya, FBK turut memberi pengiktirafan kepada staf-staf fakulti yang cemerlang sepanjang tahun 2015. Antara penerima anugerah khas adalah seperti berikut:

a. Anugerah Staf Akademik Cemerlang: Profesor Madya Dr. Mohd. Nazri bin Latiff Azmi
b. Anugerah Staf Sokongan Cemerlang: Puan Cik Fadlina binti Anuar
c. Anugerah Mahasiswa Holistik: Nur Izzati binti Suhaimi

Pihak fakulti merakamkan ucapan tahniah kepada penerima anugerah. Semoga warga fakulti dan pelajar FBK akan terus cemerlang pada masa hadapan.

 

ll Galeri ll