Penubuhan Fakulti Bahasa Bahasa dan Komunikasi

WhatsApp Image 2021 12 06 at 10.15.07       WhatsApp Image 2021 12 06 at 10.15.08

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah diluluskan penubuhannya pada Januari 2007. Semasa Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ia terlebih dahulu dikenali sebagai Pusat Bahasa yang ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1994 di bawah Sekolah Pengajian Umum. Pada tahun 2006, KUSZA telah dinaik taraf sebagai universiti awam sebagai Universiti Darul Iman (UDM) yang kemudiannya ditukarkan nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin pada tahun 2010.

Dengan statusnya yang baharu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi memberikan tumpuan kepada pembangunan bahasa, kesusasteraan dan komunikasi melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, pengembangan serta perundingan yang berterusan selaras dengan keperluan negara dan dunia antarabangsa secara kreatif dan inovatif.

Di UniSZA Kampus Gong Badak, FBK terletak di Blok Umar, satu blok bangunan tiga tingkat dengan aras bawahnya ditempatkan pejabat pentadbiran dan bilik bagi ahli pengurusan fakulti seperti Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Pusat Pengajian. Bilik-bilik pensyarah pula ditempatkan di tingkat satu Blok Umar, tingkat satu di Blok Abu Bakar dan aras bawah di Blok Othman. Manakala di tingkat satu Blok Umar juga terdapat sebuah bilik sumber yang turut dijadikan sebagai bilik siswazah.

Tingkat dua Blok Umar juga mempunyai dua buah bilik kuliah yang boleh digabungkan menjadi sebuah dewan kecil berkapasiti maksimum 90 orang yang sesuai dijadikan ruang pembelajaran atau aktiviti pelajar. Dua buah makmal bahasa komputer juga terletak di tingkat satu Blok Umar untuk kegunaan staf dan pelajar UniSZA.

Hubungi Kami

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

Tel : 09-668 8100 
Faks : 09-668 7844

Ikuti Kami

Pengunjung

169651
Copyright © 2021 Fakulti Bahasa & Komunikasi | UniSZA | All Rights Reserved