3rd Webinar on Educational Linguistics

Pada 30 Disember 2021 Pusat Pengajian Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dengan kerjasama Kuliyyah of Languages and Management, IIUM Kampus Pagoh telah menganjurkan 3rd  Webinar On Educational Linguistics. Webinar ini melibatkan pelajar UniSZA dan UIAM.  Antara pengisian utama webinar ini ialah pembentangan pelajar bagi 2 kursus ini hasil dari kerja kursus yang diberi bagi kursus mereka.  Terdapat sebanyak 13 pembentangan berkumpulan pelajar UniSZA (BEN 5) dan juga 14 pembentangan pelajar UIAM. Selain itu, sebanyak 5 kertas kerja dibentangkan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat bagi kursus-kursus tersebut termasuklah satu keynote speaker jemputan dari Shenandoah University, USA.

 

Program ini dilaksanakan di melalui platform Zoom yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga ke 5.30 petang. Program ini bermula pada sebelah pagi dengan pembentangan oleh sebahagian dari pelajar  UniSZA (8 kumpulan), sebelum upacara pembukaan yang dipenuhi dengan ucaptama. Sebelah petang   pembentangan pelajar UniSZA dan UIAM disambung semula. 

 

Hasil daripada penganjuran program ini, pelajar-pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan dengan bidang Bahasa Inggeris yang dikongsi melalui pembentangan mereka.  Di samping menyiapkan tugasan bagi kerja kursus subjek BIK31303, mereka berpeluang untuk mendengar perkongsian rakan-rakan sekelas dan juga rakan-rakan yang mengambil bidang yang sama di UIAM.  

 

Penganjuran program ini dilihat amat bermakna bagi pelajar fakulti memandangkan selama ini pembentangan bagi tugasan kursus hanya dibuat secara dalaman iaitu melibatkan rakan-rakan sekelas mereka  sahaja.  Ternyata pelajar sangat berpuas hati dengan penganjuran webinar ini.

Hubungi Kami

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

Tel : 09-668 8100 
Faks : 09-668 7844

Ikuti Kami

Pengunjung

176428
Copyright © 2021 Fakulti Bahasa & Komunikasi | UniSZA | All Rights Reserved