Aluan Dekan

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA telah mengorak langkah yang lebih dinamik dengan pelancaran web baharu FBK sejajar dengan aliran zaman yang berteraskan teknologi dan generasi IR4.0.


Dengan kandungan dan penampilan yang lebih segar dan terkini, adalah diharapkan para pengunjung ke web ini bukan sahaja akan mendapat lebih manfaat dan pengetahuan tentang aktiviti dan info yang berkaitan dengan FBK, bahkan juga dapat mengenali FBK dengan lebih dekat lagi. FBK yang ditunjangi oleh 4 program pra-siswazah bahasa dan komunikasi dan 4 program pasca-siswazah akan mencuba sedaya upaya menjadikan platform ini sebagai wadah perkembangan ilmu yang berkaitan dengan Bahasa dan komunikasi seiring dengan moto FBK iaitu “Impacting Lives Through Languages”.


Seiring dengan moto UniSZA “Ilmu Demi Faedah Insan”, adalah diharapkan web FBK ini dapat memberikan sumbangan yang sebaik mungkin bagi mereaslisasikan misi dan visi FBK dan UniSZA.

 

Prof. Madya Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi

Hubungi Kami

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA

Tel : 09-668 8100 
Faks : 09-668 7844

Ikuti Kami

Pengunjung

050364
Copyright © 2021 Fakulti Bahasa & Komunikasi | UniSZA | All Rights Reserved