Artikel

Cetak

Bengkel Fasilitator Program Kebolehpasaran Graduan : Komunikasi (Bahasa Arab)

Ditulis oleh Pentadbir.

SETIU  – Seramai 19 peserta “Bengkel Fasilitator Program Kebolehpasaran Graduan: Komunikasi (Bahasa Arab)” berjaya dinobatkan sebagai fasilitator. Bengkel yang berlangsung dari 10 hingga 12 Febuari 2011 bertempat di Merang Suria Resort kelolaan Jabatan Bahasa Arab dilihat mampu melahirkan fasilitator yang berkeyakinan dan berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab lebih besar dalam program “Kebolehpasaran Graduan : Komunikasi (Bahasa Arab)” yang bakal bermula pada akhir Febuari 2011 ini.

Bengkel yang bertempat di Merang Suria Resort ini telah berjaya mencungkil dan memupuk keberanian serta kewibawaan pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab. Seramai empat belas Pensyarah Jabatan Bahasa Arab dan lima kakitangan sokongan telah berkerja keras bagi menjayakan bengkel tersebut. Program yang berakhir lewat petang Sabtu ini ditangguhkan dengan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Puan Azizah bt. Endut.