Cetak

Bengkel Penulisan Buku Bahasa Arab

Ditulis oleh Pentadbir.

Bengkel Penulisan Buku Teks Bahasa Arab dan Buku Tema Peringkat Jabatan Bahasa Arab telah diadakan di Hotel Felda Residence pada 29 dan 30 Julai 2011. Seramai 18 orang kakitangan Jabatan Bahasa Arab terlibat di dalam bengkel tersebut. Bengkel selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UniSZA. Bengkel pada hari pertama membincangkan penulisan 3 buah buku teks manakala  pada hari kedua memfokuskan penulisan buku bertema. Bengkel tersebut telah berjaya mencapai objektif yang digariskan.

 

 

 

<<< kembali