Print

Penafian, Dasar Privasi, Dasar Keselematan & Hakcipta

Written by webmaster.

PENAFIAN

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat laman web yang tepat dan terkini. Walaubagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan UniSZA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. UniSZA berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis.

Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan UniSZA tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan. Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. UniSZA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan sebarang virus disebabkan oleh aktiviti muat turun maklumat dari laman ini.

DASAR PRIVASI

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Cookies yang dijana oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak disimpan secara kekal dan tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Cookies boleh dihapuskan menggunakan ubahan (setting) dalam pelayar web.


DASAR KESELAMATAN

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.


HAKCIPTA

Semua aspek berkenaan laman web ini termasuk rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan lain-lain adalah hak cipta UniSZA kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada UniSZA.