Cetak

Taklimat Program Penguasaan Bahasa Arab Untuk Tujuan Komunikasi FPPP

Ditulis oleh Pentadbir.

26 September 2012 | Pihak Jabatan Bahasa Arab, FBK telah mengadakan sesi taklimat program Penguasaan Bahasa Arab untuk Tujuan Komunikasi kepada seramai 156 pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan  (FPPP) yang menyertai program ini. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pengarah program iaitu Encik Mohd Shahrizal bin Nasir. Sesi ini juga diserikan dengan slot motivasi oleh ketua Jabatan Bahasa Arab, Dr. Zulazhan bin Abdul Halim. Sesi pengajaran dan pembelajaran  akan dijalankan pada setiap hari Rabu selama dua semester bermula sesi pengajian semester 1, 2012/2013.

Program ini merupakan satu usaha untuk memberi nilai tambah kepada para pelajar berkaitan penguasaan bahasa asing sebagai bahasa ketiga. Hasrat murni pihak Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) yang melihat keperluan bahasa Arab dikuasai oleh para pelajar FPPP amat wajar direalisasikan dengan kerjasama antara FBK dan FPPP. Justeru, kesemua aktiviti yang dirancang sepanjang program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan kumpulan pelajar sasaran, selain untuk menambah keyakinan dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa al-Qur’an.

|| Gambar ||