Print

Buku

Written by Pentadbir.

 

2015  
 ebuku2015

Al-Mufid fi Ta’allum al-Lughah al-‘Arabiyyah

Penulis : Mohammad Azizie Aziz, Mohd Firdaus Yahaya, Nurazan Mohmad Rouyan, Mohd Shahrizal Nasir dan Mohd Fauzi Abdul Hamid

Penerbit: Penerbit UniSZA | 978-983-9842-93-7

Harga : RM 40.00

Buku ini disajikan khas kepada pelajar Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di Universiti Sultan Zainal Abidin dan secara umum kepada sesiapa yang berminat mempelajari bahasa Arab. Tujuan penghasilan buku ini adalah untuk pelajar mempelajari empat kemahiran bahasa yang asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Buku ini mengandungi lima unit yang merangkumi perbualan, petikan, tatabahasa dan latihan. Teks bacaan memfokuskan kepada lima isu: kehidupan di universiti, interaksi yang baik, hobi, adab-adab menuntut ilmu dan pembelajaran elektronik. Keistimewaan buku ini terletak pada pemberian erti perkataan bagi setiap teks bacaan, latihan penterjemahan perkataan daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris dan penyelesaian aktiviti dan permainan bahasa yang menarik.

ebuku2015

Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian

Penulis : Norasyikin Osman, Kamarul Shukri Mat Teh, Siti Salwa Mohd Noor, Khairun Nisak Mat Saad

Penerbit: Penerbit UniSZA

Harga : RM 10.00

KeLip merupakan projek e-pembelajaran yang telah dibangunkan Universiti Sultan Zainal Abidin menggunakan platform Moodle.Ia adalah Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) yang digunakan oleh pensyarah dan pelajar bagi membentuk satu komuniti pembelajaran secara dalam talian yang berkesan.Namun sejauh mana keberkesanannya terhadap pengajaran dan pembelajaran tidaklah diketahui.Bertitik tolak daripada itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan KeLip ketika sesi pembelajaran terhadap pencapaian terhadap pelajar khususnya pembelajaran bahasa Arab.

   
2014  
buku2015 1

Bahasa Al-Quran Yang Tersurat dan Tersirat

Editor: Zulazhan Ab. Halim, Mohd Hazli Yah@Alias, Mohd Shahrizal Nasir, Mohd Fauzi Abdul Hamid

Penerbit: Penerbit UniSZA

Harga : RM35.00

Perbincangan mengenai kandungan al-Quran menerusi pelbagai aspek tidak pernah terhenti sejak berzaman. Situasi ini menyerlahkan kehebatan al-Quran yang terus relevan sejak ia diturunkan sehingga penghujung hayat dunia ini. Usaha menggali dan mengkaji khazanah mutiara al-Quran perlu diteruskan agar faedahnya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Buku ini mengandungi lapan bab yang menghuraikan topik berkaitan linguistik dan balaghah al-Quran. Perbincangan merangkumi aspek berkenaan perkataan dan juga ayat al-Quran. Hal ini menunjukkan kandungan al-Quran saling lengkap melengkapi dalam menyerlahkan makna yang ditentukan oleh Allah s.w.t..

   
2013  

 

Al-Mursyid fi Ta'allum al-Lughah al-Arabiyyah

Penulis: Norhayati Che Hat, Siti Salwa Mohd Noor, Mohd Ala-Uddin Othman, Mohd Fauzi Abdul Hamid

Penerbit: Penerbit UniSZA

Harga : RM27.00

 

Al-Itqan fi Ta'allum Lughah al-Quran

Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh, Mohd Shahrizal Nasir, Mohamad Azizie Aziz, Mohd Firdaus Yahaya, Nurazan Mohmad Rouyan, Norasyikin Osman, Khoirun Nisak Mat Saad

Penerbit: Penerbit UniSZA

Harga : RM22.00

 

2012

 
dinamika

Dinamika Pendidikan Bahasa Arab

Editor: Kamarul Shukri Mat Teh, Zulazhan Ab. Halim, Mohd Shahrizal Nasir, Nurazan Mohmad Rouyan

Penerbit: Penerbit UniSZA

Harga : RM30.00

Buku Dinamika Pendidikan Bahasa Arab: Menelusuri Inovasi Profesionalisme Keguruan disusun khas bagi memenuhi keperluan para pendidik subjek bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau bahasa asing. Buku yang memuatkan lapan bab ini membicarakan tajuk-tajuk yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bidang pendidikan bahasa Arab, merangkumi peringkat rendah dan tinggi. Penekanan khusus diberikan kepada tajuk-tajuk yang dapat membantu para pendidik dalam merangka persediaan yang cukup; sebelum, semasa, dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.


Ilmu Balaghah Dan Pembentukan Keupayaan Bahasa Arab

Penulis: Idris Abdullah, Abdul Hakim Abdullah, Abdul Wahid Salleh & Zulazhan Ab. Halim

Penerbit: Pustaka Darul Bayan

Harga : -

Buku ini menghimpunkan pandangan para ulama terdahulu dan kontemporari seputar isu-isu dalam ilmu Balaghah Arab yang diteguhkan dengan dapatan kajian lapangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran Balaghah di Malaysia. Buku ini dibahagikan kepada lima bab. Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini ialah berkaitan sejarah ilmu Balaghah serta pembahagian ilmu ini kepada tiga komponen utama iaitu ilmu al-Ma'ani, ilmu al-Bayan dan ilmu al-Badi'. Isu-isu dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu Balaghah turut dibincangkan, selain perbincangan mengenai dapatan kajian terdahulu berkaitan ilmu Balaghah yang melibatkan sekolah dan universiti di Malaysia.

2011  

attaysir

 

Al-Taysir fi Ta'allum al-Lughah al-'Arabiyyah

Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh, Shaferul Hafes Sha'ari, Mohd Fauzi Abdul Hamid, Mohd Hazli Yah, Mohd Firdaus Yahaya

Penerbit: Penerbit UniSZA

Harga : RM20.00

 

Al-Mu'in

 

Al-Mu'in fi Ta'allum al-Lughah al-'Arabiyyah

Penulis: Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman, Kamarul Shukri Mat Teh, Khoirunnisak Mat Saad, Mohd Ala-Uddin Othman

Penerbit: Penerbit UniSZA

Harga : RM18.00

 

birds

 

Birds of Universiti Sultan Zainal Abidin

Penulis : Anuar McAfee

Penerbit: Penerbit UniSZA

Harga : RM60.00

The Book depicts many of colourful and interesting birds found at Universiti Sultan Zainal Abidin. The university and its natural surroundings are home to 135 species of both resident and migratory birds, a large number for such a small area. Birds are not only fascinating animals to watch, they have also long been considered indicators of an enviroment's health. The sheer number of species recorded on campus is evidence that UniSZA has an impressive natural heritage worth protecting.

 

Strategi Pembelajaran Bahasa

Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh & Mohamed Amin Embi

Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

Harga : RM40.00

Buku ini menghuraikan bidang Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) secara komprehensif dan ekstensif. Pelbagai aspek dikupas dalam menjelaskan nilai kebergunaannya. Ini disokong pula dengan hasil kajian yang bersifat empirikal. Tumpuan utama diberikan kepada topik-topik mengenai pendefinisian, ciri-ciri dan teori. Perlakuan pembelajaran Pelajar Cemerlang Bahasa yang menjadi titik tolak bidang penyelidikan SPB turut disentuh. Ini diikuti oleh perincian tentang bentuk-bentuk taksonomi, hubungan antara SPB dengan pencapaian bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan serta penggunaannya. Buku ini turut membincangkan tentang Pengajaran Strategi Pembelajaran Bahasa dengan mengemukakan beberapa model dan program yang pernah dihasilkan.

 

Perkembangan Awal Nahu Arab

Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga : RM12.00

Buku ini mengupas pelbagai aspek perkembangan awal ilmu nahu Arab, dengan menelusuri sejarah kelahirannya melalui perbincangan tentang faktor dan tokoh-tokoh yang membawa kepada pengasasan ilmu tersebut. Sumber-sumber penghujahan atau sandarannya semasa membina disiplin ilmu nahu serta setiap fasa perkembangannya dijelaskan secara ringkas dan padat. Perbincangan buku ini menjadi semakin menarik apabila diperincikan zaman kegemilangan ilmu tersebut dengan kemunculan dua aliran yang bakal mencorakkan masa depan ilmu nahu Arab.

Tatabahasa Arab

 

Tatabahasa Arab dalam Pembinaan Hukum daripada Al-Quran

Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh

Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

Harga : RM 25.00

Buku ini cuba melihat sejauh mana tatabahasa arab mempengaruhi proses pembinaan hukum fikah yang bersumberkan al-Quran al-Karim. Penulis menjelaskan betapa al-Quran itu sebagai sumber utama perundangan Islam, manakala tatabahasa Arab pula adalah wasilah ke arah pembinaan perundangan tersebut. Penulisan buku ini dirangsang oleh semangat ingin tahu apakah bentuk perhubungan yang terjalin di antara bahasa arab dengan al-Quran al-Karim yang merupakan komponen asas ke arah pembentukan disiplin ilmu tatabahasa dan fikah. Ia turut memberikan tumpuan terhadap kepentingan bahasa Arab dalam menjayakan gagasan al-Quran melalui lorongan pentafsiran. Ini diikuti dengan tinjauan bidang perundangan Islam serta kaitannya dengan bahasa Arab.

  Penerbit UniSZA