Cetak

Lawatan Akademik FBK ke PSU

Ditulis oleh Pentadbir.

Pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan lawatan akademik dan mengadakan mesyuarat kolaborasi ke Fakulti Sains Kemanusiaan dan Sains Sosial (HUSO), Prince of Songkla Universiti (PSU), Pattani pada 5 hingga 8 Februari 2013. Seramai enam orang staf akademik Fakulti Bahasa dan Komunikasi yang diketuai oleh Dekan, Puan Hajjah Azizah binti Endut telah menyertai lawatan tersebut yang merupakan program lanjutan daripada MoU antara UniSZA dengan PSU yang telah ditandatangani pada 11 November 2011. Kunjungan kali ini adalah bertepatan dengan tarikh penganjuran Kolokium Pra-Siswazah anjuran PSU yang diadakan setiap tahun. Rentetan daripada mesyuarat kolaborasi yang telah diadakan, beberapa aktiviti melibatkan pelajar dan staf kedua-dua universiti telah dipersetujui.