Artikel

Cetak

Persatuan Mahasiswa FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

 

15391048 1546087622072228 9075898278183932828 n

Faculty of Language and Communication Society (FALCOM) merupakan sebuah Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin. Persatuan ini diwujudkan bertujuan untuk mengumpul para ilmuan bahasa di UniSZA bagi melahirkan pemimpin yang berilmu, berakhlak dan berketrampilan dalam berbahasa.

Dengan Moto "Medium sebagai Medium Penyatuan", FALCOM memberi tumpuan kepada pelajar dalam pembangunan bahasa, sastera dan komunikasi serta pengajaran secara kreatif dan inovatif melalui Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Saf kepimpinan FALCOM merangkumi ketiga-tiga kos FBK iaitu ISM Bahasa Arab (BAS), ISM Bahasa Inggeris (BEN), serta Teaching Language As Second Language (TESL).

FALCOM diketuai oleh Saudara Muhamad Amir Bin Zainudin selaku Presiden. Timbalan Presiden I , Muhammad Athari Bin Basir manakala Timbalan Presiden II, Ahmad Danial Bin Mat Dalam.

Selain itu, Majlis Tertinggi terdiri daripada Setiausaha I , Nasywa Binti Muhammad Ariff Bakhtiar. Setiausaha II, Asma' Mardhiyyah Binti Mohd Ariffin serta tiga bendahari. Bendahari I, Idayu Nur Illyana Binti Daud (BAS). Bendahari II, Nur Zahidah Binti Mohd Zabri (BEN) serta Bendahari III Norfarhanah Mohd Azmi (TESL).

Barisan exco pula terdiri daripada Exco Akademik ; Mohamad Ali Ahsan Bin Ali Atma dan Akmal Nadhirah Binti Ali. Exco Kerohanian dan Sahsiah ; Muhammad Afiq Bin Hamzah dan Maznum Binti Marpin. Exco Kebajikan ; Muhammad Amirul Bin Zubir dan Muhammad Alif Hakimi Bin Ahmad Lokman. Exco Belia dan Sukan ; Muhammad Syafril Rizal Bin Mohd Noor Saidi dan Mohamad Afiq Hazwan Bin Ismail.

Exco Kesenian dan Kebudayaan ; Siti Sarah Safiyah Binti Syeikh Zakir dan Syarifah Aisyah Binti Syed Alawi. Exco Keusahawanan ; Mohammad Habibullah Bin Razali dan Ummi 'Ayuni Binti Zulkefli dan terakhir , Exco Komunikasi Korporat ; Muhammad Farhan Bin Abd Ghafar dan Syahratul Syazwin Bin Syarif

Antara program yang berjaya dilaksanakan FALCOM pada semester lepas ialah Program Debat Bahasa Arab Piala Ketua Pusat Pengajian Bahasa Arab, Bengkel Adobe Photoshop serta Solat Hajat Perdana Sempena Peperiksaan Akhir Semester Sem 1 2016/2017.

Selepas ini, beberapa program akan dijalankan. Antaranya ialah Program Bahasa Selepas Nabi Adam pada 13 Mac 2017, Sukan Rakyat FALCOM (18 Mac 2017), Malaysian Cultural Festival 2017 (29 Mac hingga 1 April 2017) dan Presentation 101 pada 31 Mac 2017.