IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB DENGAN KOMUNIKASI (KEPUJIAN)

 

MATLAMAT PROGRAM

Program ini diharapkan dapat melahirkan graduan seperti berikut:

  • Menguasai dan mengaplikasi pelbagai disiplin ilmu serta kemahiran bahasa Arab agar menjadi peneraju dalam bidang pekerjaan
  • Mengintegrasi ilmu dan kemahiran secara kreatif dan inovatif

TEMPOH PENGAJIAN

Pengajian adalah selama 3 tahun melibatkan 6 semester + 1 semester pendek (LI).

 

BIDANG KERJAYA

Antara peluang kerjaya yang graduan boleh ceburi adalah seperti berikut:

  • Pengajaran
  • Penterjemahan
  • Pelancongan
  • Pemasaran
  • Pengurusan sumber manusia
  • Pentadbiran
  • Perhubungan awam
  • Penerbitan

 

SILA TEKAN UNTUK PAPARAN STRUKTUR PENGAJIAN

 

SYARAT KHAS KEMASUKAN PROGRAM

KATEGORI

STPM MATRIKULASI/ASASI DIPLOMA STAM
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat STPM Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat Matrikulasi / Asasi Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat Diploma dalam bidang Pengajian Bahasa Arab / Pengajian Islam Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid pada peringkat STAM

DAN 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah pada peringkat SPM

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B mana-mana DUA (2) mata pelajaran lain TIDAK TERMASUK Bahasa Melayu pada peringkat SPM

Mendapat sekurang-kurangnya MUET Tahap 4 (BAND 4)