Cetak

Kolokium Pemantauan Geran Penyelidikan

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Kolokium Pemantauan Geran Penyelidikan Universiti (URGS) peringkat Fakulti Bahasa dan Komunikasi  telah diadakan dengan jayanya pada 29 April 2013 bertempat di bilik Persidangan UniSZA. Kolokium ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Dekan FBK, Puan Hajjah Azizah binti Endut. Sebanyak 14 tajuk penyelidikan telah dibentangkan oleh ketua-ketua kumpulan penyelidik yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah FBK. Pelbagai soalan, cadangan dan penambahbaikan dikongsi dalam setiap sesi pembentangan.

Kolokium yang dihadiri oleh staf FBK ini bertujuan untuk mewujudkan minat dan budaya melakukan penyelidikan dalam kalangan warga fakulti di samping menyumbangkan idea dan hasil penyelidikan di perigkat fakulti sebagai perkongsian. Selain itu, kolokium ini diadakan adalah untuk menilai kemajuan penyelidikan pensyarah serta mengenalpasti masalah yang dihadapi seterusnya mencari penyelesaiannya. Hubungan kerja akademik di antara pensyarah fakulti juga dapat dimantapkan melaui kolokium ini. Kolokium ini diakhiri dengan sesi resolusi dan penutup oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah), Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh dan tamat pada pukul 5.30 petang.

|| Gambar ||