Cetak

Bengkel TOT Kartun & Linguistik

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)  telah menganjurkan Bengkel TOT Kemahiran Illustrator Kartun & Linguistik pada 18 Mei 2013. Bengkel yang bertempat di Makmal Komputer Blok Zainab, UniSZA Gong Badak  ini disertai oleh para pensyarah FBK dan pelajar daripada Diploma TESL & BEN.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan bimbingan terhadap pengajar dalam pengendalian Bengkel Kartun dan Linguistik yang dijadualkan pada bulan September akan datang. Ia juga bertujuan memupuk dan membina kemahiran pengajaran yang kreatif menerusi lakaran pelukisan kartun dalam kalangan pengajar FBK.

Bengkel ni dibahagikan kepada beberapa slot tertentu iaitu slot ceramah mengenai Lukisan, Linguistik & Idea yang disampaikan oleh En. Wan Abdul Hayyi bin Wan Omar. Slot seterusnya ialah kaedah pelukisan kartun yang dikendalikan oleh fasilitator jemputan iaitu En. Mohd Nasrullah Che Halim (Kartunis) dan Cik Safiah Hanis binti Amiruddin (Pereka Grafik).

Bengkel yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini dirasmikan oleh Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi, Timbalan Dekan (Akademik & HEPA) FBK, dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

ll Gambar ll