Cetak

Motivasi PMR

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Program Peningkatan Bahasa Arab PMR 2013 telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 9 Julai 2013, bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Akademik, Kampus Gong Badak, UniSZA. Seramai 280 orang pelajar tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu terlibat dalam program sehari ini. Fokus diberikan terhadap persediaan para pelajar untuk menduduki peperiksaan PMR khususnya bagi subjek Bahasa Arab yang dijadualkan berlangsung pada 9 Oktober 2013. Satu slot motivasi belajar bahasa Arab turut dimuatkan dalam program yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahrizal Nasir dan Ustaz Mohd Firdaus Yahaya dari Pusat Pengajian Bahasa Arab, FBL. Program ini merupakan satu usaha pertama bagi menjalin kerjasama akademik antara Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dengan Fakulti Bahasa dan Linguistik, UniSZA. Diharapkan agar banyak lagi program yang akan dilaksanakan bertujuan memperkasakan aspek pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan bagi dua buah institusi ini.

 

ll Galeri ll