Cetak

Minggu Mesra Siswa FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

Pada 6 September 2013, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah mengadakan Minggu Mesra Siswa peringkat fakulti yang bertempat di Gelanggang Futsal dan Bilik Umar 01 & 02. Pada semester ini, FBK telah menerima seramai 98 orang pelajar yang terdiri daripada 19 orang pelajar ijazah Pengajian Bahasa Arab, 24 orang pelajar ijazah Pengajian Bahasa Inggeris dan bakinya adalah pelajar diploma TESL.

Pada sesi pagi, para pelajar telah berkumpul di Gelanggang Futsal seawal jam 7.30 pagi untuk sesi riadah dan latihan dalam kumpulan (LDK) bersama para fasilitator yang telah dilantik daripada kalangan pensyarah FBK. Manakala pada sesi petang, para pelajar diberi penerangan tentang fakulti serta program-program yang dijalankan sepanjang tahun di FBK. Struktur pengajian mereka selama berada di UniSZA turut dijelaskan oleh Ketua Pusat Pengajian masing-masing dalam sesi tersebut.

Perasmian Minggu Mesra Siswa peringkat FBK telah disempurnakan oleh Dekan FBK iaitu YBrs. Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi. Turut menghadiri pada majlis perasmian tersebut adalah para pensyarah serta kakitangan sokongan FBK.

|| Galeri ||

 

Sumber berita: Mohd Firdaus bin Yahaya