Cetak

IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS DENGAN KOMUNIKASI (KEPUJIAN)

Ditulis oleh Pentadbir.



Pendahuluan

Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian) ditawarkan selaras dengan keperluan bahasa Inggeris dalam negara dan peringkat antarabangsa. Program ini diharap dapat menampung serta memenuhi keperluan negara dalam pelbagai sektor pendidikan dan komunikasi.


Objektif Program

Program Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian) dilaksanakan untuk melahirkan graduan yang dapat :

  • Membantu organisasi bersaing dengan efektif dalam urusan antarabangsa.
  • Berkomunikasi dengan efektif dalam bahasa Inggeris.


Tempoh Pengajian

Jangkamasa program ini empat (4)  tahun atau lapan (8)  semester. Kaedah pengajian merangkumi perkuliahan, tutorial, kerja kursus dan peperiksaan. Para pelajar akan dinilai secara menyeluruh melalui keempat-empat elemen tersebut. Para pelajar juga diwajibkan menjalani Latihan Industri (LI) pada semester enam (6) selama lapan (8) minggu.


Struktur Kurikulum/ Senarai Kursus Program

Untuk melayakkan seseorang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian), seseorang graduan dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya 127 jam kredit melalui struktur program berikut:


Komponen Kursus

Jam Kredit

A.

Kursus Universiti

19

B.

Kursus Teras Program

57

C.

Kursus Teras Fakulti

15

D.

Kursus Elektif

36

Jam Kredit Keseluruhan

127