Cetak

DIPLOMA PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)

Ditulis oleh Pentadbir.

Pendahuluan

Program Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) merupakan program pertama yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan lulusan Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di peringkat separa profesional dan membantu melatih bakal-bakal guru bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar dan keperluan pelajar terlatih di peringkat ijazah. Adalah diharapkan program Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) Universiti Sultan Zainal Abidin dapat menyumbang ke arah matlamat wawasan tersebut dengan melahirkan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, yang baik dari segi moral dan kerohanian.Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan mencapai wawasan 2020. Adalah diharapkan program Diploma TESL Universiti Sultan Zainal Abidin dapat menyumbang ke arah matlamat wawasan tersebut dengan melahirkan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, yang baik dari segi moral dan kerohanian.

 

Objektif

1. Melatih dan memupuk kemahiran berkaitan pengajaran bahasa Inggeris untuk keperluan di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah di Malaysia.
2. Mendedahkan graduan kepada teori-teori dan teknik-teknik pengajaran yang efektif untuk membolehkan mereka menjalankan tugas mengajar dengan berkesan.
3. Melahirkan guru-guru yang berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab dan melahirkan pelajar-pelajar yang cekap berbahasa Inggeris.

 

Tempoh Pengajian

Jangka masa bagi program ini ialah dua (2) tahun (empat semester biasa dan dua semester pendek). Pelajar diwajibkan menjalani Program Latihan Mengajar selama dua belas (12) minggu di semester enam (6).

 

STRUKTUR PENGAJIAN

STRUKTUR PENAWARAN

SINOPSIS KURSUS