Cetak

"Retreat" Semakan Program Akademik FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah mengadakan “Retreat Semakan Program Akademik dan Perancangan Strategik FBK”  pada 19 hingga 21 September 2013, bertempat di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Retreat ini telah dirasmikan oleh Yg.Brs. Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi, Dekan FBK.

Retreat ini melibatkan warga FBK yang terdiri daripada kalangan pensyarah  dan  staf sokongan fakulti. Para pensyarah yang hadir mewakili beberapa jawatankuasa khas yang dibentuk di bawah Jawatankuasa Semakan dan Penambahbaikan Akademik FBK.

Turut hadir dalam retreat ini ialah Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat dan Kualiti Akademik (CTMAQ) UniSZA, Prof. Madya Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud. Beliau dijemput khas untuk memberi penerangan berkenaan prosedur penawaran kursus baharu peringkat institusi pengajian tinggi.

Antara slot yang diisi dalam sepanjang retreat ialah sesi perbincangan dalam kumpulan mengenai SWOT fakulti, perancangan strategik fakulti dan pembentangan mengenai perancangan dan pelaksanaan daripada setiap jawatankuasa khas yang dilantik.

Penganjuran retreat ini merupakan satu usaha kolektif daripada setiap warga FBK dalam merancang pelan strategik fakulti hingga tahun 2015. Perancangan pelan strategik yang baik akan memberi kesan positif yang besar bagi memastikan fakulti dapat mencipta kecemerlangan dalam segenap aspek meliputi pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat komuniti. Kesemua ini perlu dirangka secara teliti bagi memastikan perjalanan urus tadbir fakulti bergerak seiring dengan visi dan misi UniSZA.

 

ll Galeri ll

 

Sumber berita: Mohd Fauzi bin Abdul Hamid

Disunting oleh: Mohd Shahrizal bin Nasir