Cetak

School Invasion Programme

Ditulis oleh Pentadbir.

 

UniSZA School Invasion merupakan program kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FALCOM). Seramai tiga buah sekolah harian yang terlibat dalam program khidmat masyarakat ini, iaitu SMK Padang Kemunting dan SMK Kompleks Mengabang Telipot pada 10 Oktober 2013 dan SMK Kompleks Gong Badak pada 21 Oktober 2013.

Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada calon-calon peperiksaan SPM 2013 dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam kertas Bahasa Inggeris. Selain itu, program ini juga menguji kemahiran menyelidik dan berkomunikasi mahasiswa-mahasiswi FALCOM dalam menyediakan modul-modul yang sesuai untuk para pelajar sekolah. Antara modul yang diterapkan dalam program ini adalah 1. Writing, 2. Grammar, 3. Comprehension, Passage, and Summary, dan 4. Literature.

Seramai 29 mahasiswa-mahasiswi FALCOM yang terlibat dalam menjayakan program ini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih tertumpu kepada suasana latihan dalam kumpulan yang menyeronokkan dan tidak formal untuk merapatkan hubungan antara pelajar sekolah dan pelajar universiti.

 

ll Galeri ll