Cetak

Royalti dan Anugerah Buku UniSZA 2013

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin telah mengadakan Majlis Penyampaian Royalti dan Anugerah Buku UniSZA 2013 pada 31 Oktober 2013 bertempat di Hotel Tabung Haji Gong Badak. Majlis ini dirasmikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim. Sebanyak empat buah buku hasil penulisan pensyarah-pensyarah daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah menerima royalti iaitu Birds of UniSZA (Anuar McAfee), Dinamika Pendidikan Bahasa Arab (Kamarul Shukri Mat Teh, Zulazhan Ab. Halim, Mohd Shahrizal Nasir dan Nurazan Mohmad Rouyan) manakala dua buah buku lagi menerima Anugerah Royalti Tertinggi. Buku al-Al-Mu'in fi Ta'allum al-Lughah al-'Arabiyyah (Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman, Kamarul Shukri Mat Teh, Khoirunnisak Mat Saad dan Mohd Ala-Uddin Othman) mendapat Anugerah Royalti Tertinggi Tempat Pertama dan buku al-Taysir fi Ta'allum al-Lughah al-'Arabiyyah (Kamarul Shukri Mat Teh, Shaferul Hafes Sha'ari, Mohd Fauzi Abdul Hamid, Mohd Hazli Yah dan Mohd Firdaus Yahaya) mendapat Anugerah Royalti Tertinggi Tempat Ketiga. Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima tersebut dan semoga ia menjadi motivasi kepada semua warga FBK khususnya untuk giat dalam penulisan buku dan penerbitan.

 

ll Galeri I ll Galeri II ||