Cetak

ICL 2013

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial (HUSO), Universiti Prince of Songkla (PSU), Kampus Pattani, Thailand telah mengadakan International Conference on Languages (ICL2013) pada 16 dan 17 November 2013 bertempat di Boat Lagoon Resort, Phuket, Thailand.

Seminar yang bertemakan Solidarity Through Languages ini telah dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Phuket, Dr. Sommai Prijasilpa. Turut hadir ialah Presiden PSU, Assoc. Prof. Dr. Chusak Limsakul dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Hj. Toriman yang mewakili Naib Canselor, Prof. Yahaya Ibrahim.

Seminar ini telah membariskan tiga orang pembentang kertas kerja utama, iaitu Senator Assist. Prof. Dr. Worawit Baru dari Thailand , Huw Andrew Jarvis dari University of Salford, England dan Prof. Madya Dr. Abdul Hakim Abdullah dari UniSZA.

Matlamat utama seminar ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan perkongsian dan kerjasama antara kedua-dua Universiti di samping meneroka dimensi baru dalam bidang pengajian dan penyelidikan bahasa. Selain itu, platfom ini yang melibatkan penyertaan dari beberapa buah universiti dari Malaysia, Thailand dan beberapa universiti  antarabangsa dapat membuka ruang untuk membina jaringan akademia tempatan dan antarabangsa.

 

ll Galeri ll

 

Sumber berita: Ahmad Taufik Hidayat Abdullah