Cetak

Seminar di Madura

Ditulis oleh Pentadbir.

Pada 20 November 2013, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Dr. Nazri bin Latiff Azmi telah dijemput untuk menjadi “keynote speaker” dalam satu seminar antarabangsa di Universitas Trunojoyo Madura, Surabaya. Seminar ‘Trunojoyo University International Conference on Social and Humanities” ini bertemakan ‘Contemporary Issues on Social and Culture’. Sebanyak 35 kertas kerja telah  dibentangkan dan seramai 115 orang peserta hadir ke seminar tersebut yang julung kalinya diadakan di bumi Madura.

Dekan FBK membentangkan kertas yang bertajuk ‘The Roles of the Teaching of Literature in Nation Buidling’, manakala dua orang lagi keynote speaker iaitu Prof. Mark R Woodward dari Amerika Syarikat membentangkan kertas berkaitan Anthropology dan Dr. Bangun Sentosa dari Indonesia membentangkan kertas mengenai Sociology.

Diharapkan selepas ini, ramai lagi staf akademik FBK mendapat sanjungan akademik seperti ini.

 

ll Galeri ll