Cetak

Bengkel Intensif Prasekolah

Ditulis oleh FBK.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Bengkel Latihan Intensif Guru Prasekolah bagi pelajar program Diploma TESL selama 8 hari iaitu dari 18 hingga 27 November 2013.

Program yang bertempat di Blok Ali, UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu ini disertai oleh 184 orang  pelajar program Diploma TESL, FBK.

Bengkel ini telah membariskan tujuh orang penceramah iaitu Norasmah Mohd Noor, Wan Zainuddin Wan Hassan dan Rashidah Elias dari IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Masitah Mohamed dari SK Kampung Wakaf Tengah, Afniza Ahmad dari SK Wakaf Tapai, Rohana Awang dari SK Batangan dan Nazri Yusof dari Yayasan Pembangunan Keluarga, Kuala Terengganu.

Matlamat utama bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran prasekolah sebagai persiapan pelajar yang akan menjalani latihan mengajar di prasekolah. Bengkel ini juga bertujuan untuk memantap dan memperkasa program Diploma TESL.

Slot pertama lawatan telah memberi peluang kepada para pelajar Diploma TESL Semester 6 untuk mengetahui rutin harian murid-murid di Taska Permata Keluarga. Mereka juga terlibat mengetuai aktiviti senaman aerobik dan circle time bersama  murid-murid tersebut.Pada 28 November 2013 pula, seramai 19 orang pensyarah FBK dan 63 orang pelajar program Diploma TESL Semester 6 telah membuat lawatan ke Taska Permata Keluarga Batu Burok, Kuala Terengganu.

Lawatan ini berakhir dengan ucapan daripada Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) FBK, Dr Normah Yusof serta sesi beramah mesra bersama guru pembimbing dari taska-taska yang terlibat.Satu taklimat diberikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Taska YPKT, Nazri Yusof berkaitan Pengurusan dan Kurikulum Taska Permata Keluarga.

ll Galeri ll