Cetak

Lawatan Akademik Delegasi Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Yogyakarta, Indonesia.

Ditulis oleh FBK.

Tiga pensyarah dari Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Yogyakarta, Indonesia telah mengadakan lawatan akademik ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UniSZA pada 12 Disember 2013.

Lawatan delegasi yang dianggotai oleh Ketua Jabatan Pendidikan Bahasa Inggris, En. R. Muhammad Ali, bersama-sama Prof. Dr. Bustami Subhan dan Drs. Nuri Fainuddin daripada Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan (FKIP) adalah hasil perjanjian persefahaman MOU yang dimeterai antara UniSZA dan UAD. Lawatan akademik ini bertujuan untuk mengukuhkan usaha sama antara kedua-dua universiti khususnya di dalam bidang bahasa.

Tiga aktiviti telah dijalankan sepanjang lawatan delegasi ini, iaitu, bengkel bertajuk “Developing Soft Skills Through The Jigsaw Learning Model” yang dikendalikan oleh En. R. Muhammad Ali, perbincangan tentang “Teaching English Through Play” oleh Drs. Nuri Fainuddin dan syarahan akademik bertajuk “Improving The Quality Of TEFL/TESL At The Primary And Secondary School By Using Four Techniques” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Bustami Subhan. Peserta untuk ketiga-tiga aktiviti ini terdiri daripada para pelajar TESL dan BEN, serta para pensyarah FBK.

Delegasi ini turut berkesempatan mengadakan perbincangan dua hala antara FBK-FKIP berkenaan usaha sama yang akan dirancang secara bersama. Dalam ucapannya, Dekan FBK, Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi turut memaklumkan perancangan FBK untuk mengadakan lawatan balas ke UAD pada awal Mac 2014.

Disediakan oleh: Shaferul Hafes Sha'ari

|| Galeri ||