Cetak

Geran Penyelidikan RACE

Ditulis oleh FBK.

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) mengucapkan tahniah dan syabas kepada kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh En. Majdan bin Paharal Radzi kerana telah berjaya mendapatkan geran Research Acculturation Collaborative Effort (RACE), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ini adalah kejayaan pertama FBK mendapatkan dana penyelidikan selain Dana Penyelidikan Universiti (DPU). Semoga kejayaan ini akan memberi semangat dan dorongan kepada semua pensyarah FBK untuk lebih bergiat aktif dalam bidang penyelidikan.

Ahli kumpulan tersebut terdiri daripada:

  • En. Majdan bin Paharal Radzi (Ketua)
  • En. Hishamuddin bin Salim
  • Cik Nor Azikin binti Mohd Omar
  • Pn. Azimah Shurfa binti Mohammad
  • En. Wan Abdul Hayyi bin Wan Omar

Selamat maju jaya!