Cetak

Lawatan Akademik FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi meneruskan misinya dalam merangka program akademik baharu dengan mengadakan lawatan ke beberapa Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Lawatan yang berlangsung pada 11 & 12 Februari melibatkan 4 orang pensyarah yang mewakili Jawatankuasa Program Akademik Baharu FBK iaitu En. Shaferul Hafes bin Sha’ari (Bahasa Arab), En. Hishamuddin bin Salim (Bahasa Inggeris), En. Wan Abdul Hayyi bin Wan Omar (Bahasa Arab) dan Puan Nor Hafizah binti Abdullah (Komunikasi dan Bahasa Moden).

Lawatan ini melibatkan tiga buah universiti bermula dengan lawatan ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, kemudian Pusat Islam  KUIS dan diakhiri dengan UPNM. Antara yang hadir ketika lawatan ke UPM adalah Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud (TD Akademik & Pelajar), En. Shari ShawarudinPandak Osman (Timb. Pendaftar) dan Dr. Abdul Halim Mohamad (Ketua Program Bahasa Arab). Manakala di KUIS pula, wakil FBK telah disambut oleh En. Mokhtar Ismail (Pengarah MARKOM), Ustazah Nasimah Abdullah (TD Akademik) dan Ustaz Mohd Imran Ahmad (Ketua Jabatan Bahasa & Linguitik Arab). Di UPNM pula, mereka disambut oleh Lt. Kol. Kupusamy a/l Gopal (Ketua Jabatan), Prof. Madya Dr. Jowati Juhary, En. Wan Ikhlas Wan Mokhtar dan En. Mhd Faizal Mhd Ramli.

Pelbagai maklumat dan idea positif berkaitan dengan penawaran program baharu diperolehi daripada institusi berkenaan. Selain itu, pengalaman dan penyelarasan program turut dikongsikan bersama  antara kedua-dua belah pihak. Secara keseluruhannya matlamat lawatan akademik ini dapat dicapai dengan jayanya dan diharap ia dapat melancarkan proses penawaran program-program baharu di FBK.

|| Galeri ||