Artikel

Cetak

Majlis Anugerah Dekan 2014

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Majlis Anugerah Dekan 2013/2014 pada 6 Mac 2014. Majlis yang bertempat di Dewan Gimnasium, UniSZA Kampus Gong Badak ini disertai oleh semua pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi serta kakitangan FBK. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Pengajian Bahasa Inggeris, Pengajian Bahasa Arab dan Diploma TESL yang telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bagi semester II sesi 2012/2013 dan semester I sesi 2013/2014.

Majlis pada kali ini juga memperkenalkan anugerah khas untuk kakitangan FBK. Anugerah khas tersebut ialah Anugerah Penyelidik Cemerlang (Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri Mat Teh), Anugerah Penulis Cemerlang (Puan Azimah Shurfa Mohammed Shukry), Anugerah Jawatankuasa Cemerlang (Jawatankuasa Laman Web), Anugerah Staf Akademik Cemerlang (Puan Akmah Yusof) dan Anugerah Staf Sokongan Cemerlang (Puan Nur Kairunisa Mohtar).

Majlis yang bermula pada 2.00 petang ini dirasmikan oleh Profesor Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang mewakili Naib Canselor UniSZA. Majlis juga diselitkan dengan slot 'Sharing Moment' oleh saudara Nazirul Ikram Sirozi dan persembahan ‘Kalam Jama’ei’ oleh para pelajar sarjana muda Pengajian Bahasa Arab, FBK.

Pada kesempatan itu, Dekan FBK, Dr. Mohd Nazri bin Latiff Azmi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Dekan dalam majlis tersebut.

 

Persembahan Kalam Jamaie