Artikel

Cetak

Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi UniSZA 2014

Ditulis oleh Pentadbir.

mpi

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UniSZA (CRIM) telah menganjurkan Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi UniSZA 2014 (MPI '14) pada 16-19 Mac 2014. Program yang berlangsung di Auditorium Perpustakaan UniSZA ini melibatkan beberapa aktiviti seperti ucapan plenari oleh para Ketua Kluster UniSZA, pembentangan kertas kerja penyelidikan, pertandingan inovasi, ceramah inovasi dan ceramah penerbitan berimpak tinggi.

Seramai lima orang pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah membentangkan kertas kerja masing-masing pada 17 Mac 2014 iaitu Dr. Zulazhan Ab. Halim (Kebolehbacaan Buku Al-Balaghah Al-Wadihah Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Pantai Timur), YM Engku Suhaimi Engku Atek (Enhancing English Language Proficiency Of Unisza Students In A Simulated Environment), Dr. Nazri Latiff Azmi (Multilingualism, Self-Identity And Personality Traits Among Malay Primary School Students In Vernacular Schools), Mohd Shahrizal Nasir (Kosa Kata Arab Dalam Novel Mahabbah Karya Shahnon Ahmad: Antara Kejelasan Dan Kekaburan Makna) dan Nur Salina Ismail (Empowering Soft Skills Among Diploma Tesl Students Through English Camp Activities).

Bagi pertandingan inovasi pula, sebanyak empat penyertaan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah dipilih untuk menyertai pertandingan yang julung kali diadakan di UniSZA iaitu EZ-Arabic (Mohd Firdaus Yahaya, Mohd Shahrizal Nasir dan Muhammad Sabri Sahrir), Abna' UniSZA (Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha'ari dan Mohd Fauzi Abdul Hamid), i-Tasjeel (Mohd Firdaus Yahaya, Mohd Shahrizal Nasir dan Azwa Abdul Aziz) dan Tasrif Tawaf (Mohd Fauzi Abdul Hamid dan Shaferul Hafes Sha'ari). Tiga daripada penyertaan tersebut telah memenangi pingat perak iaitu

EZ-Arabic, Abna' UniSZA dan Tasrif Tawaf.

Pihak Fakulti Bahasa dan Komunikasi merakamkan sekalung tahniah di atas kemenangan tersebut dan penyertaan semua warga fakulti dalam MPI'14 tersebut. Semoga ia menjadi pemangkin ke arah penyelidikan berkualiti dan penghasilan inovasi bermutu tinggi pada masa akan datang.

1234

 

 

Berikut merupakan produk FBK yang dipertandingkan: