Artikel

Cetak

Pingat Emas di iCompEx’14

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx'14) peringkat kebangsaan yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah pada 23-25 Mac 2014. Produk inovasi dari FBK yang dipertandingkan adalah 'EZ-Arabic for Children: A Virtual Learning Resource Tool for Malaysian Primary Schools' oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Encik Mohd Shahrizal Nasir dengan kerjasama Dr. Muhammad Sabri Sahrir (UIAM). EZ-Arabic merupakan laman sesawang yang dibina khas bagi menjadi sumber pembelajaran terbuka bahasa Arab peringkat rendah.

Pertandingan iCompEx'14 pada kali ini telah disertai lebih daripada 600 penyertaan daripada IPTA, IPTS, Politeknik, pelajar sekolah dan agensi kerajaan. Terdapat dua kategori penyertaan dalam iCompEx'14 iaitu; Kategori Pembentangan Pensyarah dan Kategori Terbuka. Manakala bagi kategori terbuka pula dibahagikan kepada sembilan kategori iaitu; Reka Bentuk Alam Bina, Reka Bentuk Industri, Pembinaan dan Bahan Binaan, Mesin, Peralatan dan Proses Pengilangan, ICT dan Multimedia, Elektrik & Elektronik dan Telekomunikasi, Makanan dan Minuman, Perkhidmatan dan Pemasaran Produk dan Alam Sekitar dan Tenaga Boleh Diperbaharui. Dalam pertandingan ini, wakil dari FBK telah berjaya merangkul pingat emas bagi kategori ICT dan Multimedia.

Tahniah di atas kemenangan tersebut dan semoga ia menjadi pemangkin ke arah penyelidikan berkualiti dan penghasilan inovasi bermutu tinggi pada masa akan datang.