Cetak

Taklimat SLT dan Proforma

Ditulis oleh Pentadbir.

slt

Satu sesi taklimat mengenai SLT dan proforma telah dianjurkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) pada 8 April 2014. Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat FBK ini telah dikendalikan oleh En. Hazli bin Alias@Yah dan Puan Wahidah binti Abd. Wahid dan dihadiri oleh para pensyarah FBK.

Para hadirin diberi penjelasan tentang format proforma terkini kursus-kursus mengikut piawaian MQA. Perkongsian ini dijalankan termasuk sesi soal jawab antara pensyarah dan pengendali sesi dan ia memberi banyak input kepada mereka yang terlibat.

Taklimat yang mengambil masa selama dua jam ini diakhiri dengan pembahagian tugas kepada para pensyarah untuk memurnikan proforma kursus mengikut format yang telah ditetapkan.

 

II Galeri II