Artikel

Cetak

Tahniah FBK

Ditulis oleh Pentadbir.


 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Majlis Syarahan Tahunan Naib Canselor UniSZA 2014 pada 17 April 2014 bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Terengganu. Majlis yang dihadiri oleh semua staf UniSZA ini dimulakan dengan penyampaian Syarahan Naib Canselor UniSZA oleh Prof. Dr. Yahya Ibrahim. Majlis tersebut turut diserikan dengan penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013. Seramai lima orang staf Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah terpilih untuk menerima APC bagi tahun 2013. Para penerima anugerah adalah sepertimana berikut:

 
Dr. Normah Yusof (Pensyarah Bahasa Inggeris)


Kamariah Yunus (Pensyarah Bahasa Inggeris) 

 
Mohd Shahrizal Nasir (Pensyarah Bahasa Arab)


Shaferul Hafes Sha'ari (Pensyarah Bahasa Arab) 


Norziah Ismail (Setiausaha Pejabat) 

Dalam pada masa yang sama, FBK telah mendapat pengiktirafan melalui Anugerah Laman Web terbaik dan telah menduduki tempat pertama dengan penarafan lima bintang. Tahniah diucapkan atas kejayaan para penerima anugerah dan kesungguhan mereka yang terlibat dalam mentransformasi laman web FBK. Semoga pengiktirafan yang diberi menjadi suntikan semangat untuk terus berdaya saing dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.