Artikel

Cetak

Sanggar Kerja dan Syarahan Akademik

Ditulis oleh Pentadbir.

retreat

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah menganjurkan Sanggar Kerja Jawatankuasa Program Akademik Baharu pada 6-8 Mei 2014. Program yang berlangsung di Hotel Tabung Haji, Kuala Terengganu ini disertai oleh Jawatankuasa Program Akademik Baharu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Komunikasi.

Pihak FBK telah menjemput dua orang Profesor Pelawat dan seorang panel penilai iaitu Prof. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan (Bahasa Arab), Prof. Dr. Raja Maznah binti Raja Hussain (Bahasa Inggeris) dan Dr. Mohd Nizam bin Osman (Komunikasi). Program ini diadakan bertujuan untuk menilai kualiti program-program baharu yang sedang dirangka dan berkongsi idea bagi penambahbaikan program-program tersebut.

Bersempena dengan kehadiran Profesor Pelawat, satu Syarahan Akademik telah diadakan pada 8 Mei 2014 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak. Syarahan ini disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan dengan tajuknya 'Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia: Satu Analisis'. Majlis tersebut dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar UniSZA. Program seperti ini akan diadakan secara berterusan bagi menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan pensyarah dan pelajar khususnya dari FBK.

 

ll Galeri ll