Artikel

Cetak

Bengkel Penulisan Buku Bertema

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Pusat Pengajian Bahasa Inggeris dan Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UniSZA telah bekerjasama mengadakan Bengkel Penulisan Buku Bertema. Bengkel tersebut telah diadakan pada 20 Ogos 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Asrama, UniSZA dan telah disertai oleh 20 orang pensyarah dan penolong pensyarah FBK.
Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Prof. Dr. Lukman @ Zawawi Bin Mohamad, Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA. Bengkel selama sehari ini bertujuan untuk menggalakkan para pensyarah menghasilkan makalah-makalah ilmiah dan buku bertema yang berkualiti. Bengkel ini turut mendedahkan kepada para pensyarah yang hadir dengan teknik-teknik yang sesuai dan efektif dalam menghasilkan penulisan akademik dan profesional.
Para pensyarah yang terlibat telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi 'brainstorming'dan perbincangan. Hasil daripada perbincangan yang telah diadakan, para pensyarah telah mencapai kata sepakat untuk menghasilkan sebuah buku bertema yang bakal diterbitkan pada tahun hadapan. Tiga orang editor dalam kalangan para pensyarah yang hadir ke bengkel berkenaan telah dipilih untuk menerajui penghasilan buku tema tersebut.
Bengkel berakhir pada jam 6.00 petang dan semua peserta melahirkan rasa gembira dan teruja untuk memulakan penulisan buku bertema berkenaan. Bengkel seumpama ini diharapkan dapat memberi impak yang positif dalam pembangunan kerjaya para pensyarah khususnya di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UniSZA.

 

ll Galeri ll

Berita oleh Nor Jijidiana binti Azmi