Artikel

Cetak

Program Mesra Siswa Pelajar Baharu

Ditulis oleh Pentadbir.

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah mengadakan Program Mesra Siswa/wi pada 5 September 2014. Majlis yang bertempat di Bilik Umar 01 & 02 ini telah dirasmikan oleh Dekan FBK, Y.Brs. Prof Madya Dr. Mohd Nazri Latiff Azmi. Program ni bertujuan untuk menguatkan jalinan silaturahim antara pelajar baharu dengan kakitangan FBK serta memperkenalkan fakulti dan perkara yang berkaitan dengannya kepada para pelajar. Seramai 110 pelajar baharu ijazah sarjana muda telah berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian di FBK. 44 orang pelajar telah berjaya dipilih mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi manakala 66 orang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab. Majlis ini telah dihadiri oleh para pensyarah FBK dan para pelajar baharu berkenaan.

 

ll Galeri ll