Artikel

Cetak

Bengkel Kerjaya dalam Perterjemahan

Ditulis oleh Pentadbir.

itbm

 

Pada 9 hingga 11 Oktober 2014, satu aktiviti di bawah peruntukan dana Kebolehpasaran Graduan KPT telah dilaksanakan di Dewan Perdana UNISZA Kampus Gong Badak. Seramai 55 pelajar semester 7 Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (BEN) telah terlibat dengan Bengkel Kerjaya dalam Penterjemahan anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UniSZA dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar tahun akhir dengan realiti dunia pekerjaan sebagai penterjemah yang merupakan salah satu prospek kerjaya mereka selepas bergraduasi.
    Sepanjang program yang berlangsung selama 3 hari ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan bidang penterjemahan. Antaranya adalah (a) Prospek Kerjaya Penterjemah, (b) Asas, Teori dan Teknik Penterjemahan, (c) Sintaksis, Semantik, laras dan Peristilahan, (d) Tatabahasa dalam Penterjemahan, (e) Penyuntingan Teks dan (f) Komunikasi Massa. Para peserta juga diberi peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam bentuk amali dan kerja berkumpulan yang dilakukan dalam hampir setiap slot. Maklum balas yang diperoleh daripada pihak ITBM menunjukkan para peserta sudah bersedia untuk menceburi bidang pekerjaan berdasarkan respon aktif mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
     Secara keseluruhannya, bengkel ini memberi banyak manfaat kepada para peserta berkenaan selok- belok dunia penterjemahan. Pendedahan ini sangat penting dalam bidang kerjaya yang akan mereka ceburi. Semoga program seumpama ini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan kerana mampu memberikan impak positif kepada pelajar selain memberi nilai tambah kepada mereka.

 

ll Galeri ll