Artikel

Cetak

Produk Inovasi FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

inovasi

Tiga produk inovasi hasil idea pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah mengharumkan nama fakulti di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Produk tersebut adalah EZ-Arabic , Intelligent Tasrif (i-TASRIF) dan Interactive Arabic Courseware (i-ArabiC). Produk Ez-Arabic merupakan produk prototaip bagi pembelajaran secara maya untuk kanak-kanak. Ia adalah hasil cetusan idea En. Mohd Firdaus Yahaya, En. Mohd Shahrizal Nasir dan Dr. Muhammad Sabri Sahrir. Produk ini telah memenangi satu pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa dalam pertandingan inovasi peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

Produk kedua yang dinamakan Intelligent Tasrif (i-Tasrif) yang dihasilkan oleh En. Mohd Fauzi Abdul Hamid dan En. Shaferul Hafes Sha’ari telah memenangi satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam pertandingan yang disertainya. Produk ini merupakan nota rujukan tasrif kata kerja bahasa Arab yang berbentuk bulat bagi menarik minat mereka yang ingin mempelajari asas bahasa Arab.

i-ArabiC pula merupakan satu koswer pembelajaran bahasa Arab menerusi animasi secara interaktif. Ia adalah produk yang dihasilkan daripada kajian penyelidikan DPU UniSZA yang dianggotai oleh Cik Norhayati Che Hat, En. Shaferul Hafes Sha’ari dan En. Mohd Fauzi Abdul Hamid.

Pihak FBK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas penghasilan produk tersebut dan kemenangan yang diraih. Moga ia menjadi pemangkin kepada penghasilan produk inovasi lain dalam kalangan pensyarah FBK.

Nama Produk

Pencipta

Pertandingan

Pingat

EZ-Arabic

En. Mohd Firdaus Yahaya, En. Mohd Shahrizal Nasir, Dr. Muhammad Sabri Sahrir

i-Compex

Emas

The Word Exhibition on Invention, Research and New Technologies  (INNOVA 2014)

Anugerah Khas
“Prize of The Idea Monopoly (Belgium)”

The Word Exhibition on Invention, Research and New Technologies  (INNOVA 2014)

Perak

Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi UniSZA 2014

Perak

International Syariah Compliant Idea, Invention, Innovation & Design 2014

Perak

Pertandingan Ekspo Inovasi Islam USIM (i-Innova 2014)

Gangsa

IIUM Research Invention and Innovation Exhibition (IRIIE 2012)

Gangsa

Intelligent Tasrif (i-TASRIF)

En. Mohd Fauzi Abdul Hamid dan En. Shaferul Hafes Sha’ari

Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi UniSZA 2014

Perak

Pertandingan Ekspo Inovasi Islam USIM 2014

Gangsa

Interactive Arabic Courseware (i-ArabiC)

Cik Norhayati Che Hat, En. Shaferul Hafes Sha’ari dan En. Mohd Fauzi Abdul Hamid

Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi UniSZA 2014

Perak

|| Galeri ||

 

INNOVA [2014]