Artikel

Cetak

Bengkel Pembinaan Soal Selidik

Ditulis oleh Pentadbir.

bengkel

 

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dengan kerjasama kumpulan penyelidikan RACE yang diketuai oleh Encik Majdan bin Paharal Radzi telah mengadakan satu bengkel pembinaan soal selidik pada 14 November 2014. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Mohd Rahimi bin Nik Yusoff daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 20 orang pensyarah dan pelajar siswazah telah menghadiri bengkel tersebut.


Bengkel sehari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para penyelidik berkaitan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam membina soal selidik dengan kaedah yang betul dan berkualiti. Peserta yang hadir bukan sahaja berkongsi ilmu secara teori bahkan mereka diberi peluang untuk membina contoh soal selidik berdasarkan objektif kajian masing-masing.

 

ll Galeri ll