Artikel

Cetak

Sumbangan Pasca Banjir FBK

Ditulis oleh Pentadbir.

pasca


Tragedi banjir yang melanda Pantai Timur khususnya negeri Kelantan telah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk ahli-ahli di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Bagi tujuan tersebut, satu tabung derma kilat telah ditubuhkan di peringkat fakulti bagi memberi sumbangan awal kepada mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut. Wakil misi pertama FBK ke negeri Kelantan adalah seramai tiga orang iaitu Cik Norhayati binti Che Hat, Encik Wan Abdul Hayyi bin Wan Omar dan Encik Suffian Hadi bin Ayub. Mereka telah mengedarkan bantuan keperluan asas pasca banjir ke jajahan Manek Urai, Kuala Krai pada 10 Januari 2015 yang lalu.

Misi kedua FBK ke negeri Kelantan pula ialah bagi menjejaki pelajar UniSZA yang terlibat menjadi mangsa banjir di jajahan Tanah Merah serta membersihkan kawasan rumah. Misi ini telah disertai oleh seramai 23 kakitangan FBK yang diketuai oleh Y.Brs. Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Nazri bin Latiff Azmi pada 17 Januari 2015 yang lepas. Pada misi kali ini juga, bantuan seperti tikar, makanan ringan, pakaian dan barang keperluan asas lain dibawa bersama untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Tanah Merah.

|| Galeri ||