Artikel

Cetak

Program Bakti Siswa @ Tawau

Ditulis oleh Pentadbir.

SUFIAN

 

Pada 16 – 22 Januari 2015 yang lalu, Pelajar Diploma TESL menerusi Kelab Fakulti Bahasa & Komunikasi (FALCOMM), Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu telah menganjurkan program Bakti Siswa yang diberi nama "From UniSZA With Love" (FUWL) yang bertempat di Kampung Inderasabah, Tawau, Sabah.

Program selama 6 hari 5 malam ini telah mendapat perhatian dan kerjasama daripada YB Datuk Hj. Tawfiq Bin DSP Hj. Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Apas. Menerusi kementerian beliau; Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, FUWL telah menerima sumbangan kewangan bagi menampung perbelanjaan program. Selain daripada itu, FUWL ini juga menerima sumbangan kewangan dan nasihat daripada 1M4U di dalam memastikan agenda FUWL dapat dilaksanakan dengan jayanya.

FUWL ini menerapkan konsep Kem Bahasa Inggeris di mana kaedah "English Fun Learning" telah diterapkan di dalam modul. Pengisian program ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Kelas Intensif Prasekolah, Kelas Intensif Sekolah Rendah dan Kelas Literasi khas untuk golongan buta huruf. Di samping itu, 'Charity Bazaar' juga telah diadakan di mana pakaian, buku dan alat permainan kanak-kanak yang terpakai telah dilaksanakan hasil daripada sumbangan pensyarah, kakitangan dan pelajar UniSZA serta masyarakat setempat. Aktitivi lain seperti LDK, Sukaneka, Tresure Hunt, Kelas Literasi Dewasa dan gotong royong juga dilihat berjaya merapatkan hubungan dan menjalinkan ukhuwah yang dinamik di kalangan penduduk kampung dan fasilitator seterusnya menjadikan agenda dan objektif FUWL dapat dicapai dengan jayanya.

 

Pengisian program FUWL ini terbahagi kepada tiga peringkat umur iaitu golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Menerusi pendekatan aktiviti latihan dalam kelompok, riadah, dan santai, fasilitator yang terlibat telah berjaya memupuk kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan literasi Bahasa Inggeris kepada ketiga-tiga peringkat umur ini. Aktitivi seperi LDK, Sukaneka, Tresure Hunt, Kelas Literasi Dewasa dan gotong royong dilihat Berjaya merapatkan hubungan dan menjalinkan ukhuwah yang dinamik di kalangan penduduk kampung dan fasilitator seterusnya menjadikan agenda dan objektif FUWL dapat dicapai dengan jayanya.

Selain daripada itu, FUWL sangat berbesar hati kerana EN. SArman Amat Simito, PPM DUN Apas mewakili YB Datuk Hj. Tawfiq Bin DSP Hj. Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah telah hadir pada majlis perasmian penutup FUWL seterusnya merasmikan UniSZA Open Library pada malam terakhir program ini. UniSZA Open Library ini merupakan hasil sumbangan ikhlas daripada pelajar dan pensyarah UniSZA di dalam bentuk buku dan pihak jawatankuasa penduduk kampung telah menyediakan ruang untuk dijadikan perpustakaan. Inisiatif ini akan dijadikan secara berterusan di mana buku-buku masih disumbangkan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan kesedaran literasi dikalangan penduduk Kampung Inderasabah dan sekitarnya.

Program ini telah berjaya mencapai objektif yang digariskan di samping membantu mempromosikan UniSZA menerusi program khidmat komuniti ini. Konsep "We Care, We Share, UniSZA Is Everywhere" juga telah berjaya diterapkan.

 

ll Galeri ll