Artikel

Cetak

Sanggar Kerja FBK 2015

Ditulis oleh Pentadbir.

SANGGARKERJA

Pelbagai inisiatif telah diambil oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk merealisasikan matlamat fakulti untuk menawarkan tiga program baharu yang telah dirancang. Antara inisiatif tersebut ialah dengan mengadakan 'Sanggar Kerja FBK' pada 28 hingga 29 Januari 2015 bertempat di Tabung Haji Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu.

Sanggar kerja selama dua hari itu telah mengumpulkan para akademia dari tiga pusat pengajian di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk membincangkan hala tuju penawaran program-program baharu oleh fakulti. Selain itu, sanggar kerja ini diadakan bagi membincangkan permasalahan serta kelemahan yang timbul dalam proses penawaran program baharu serta kaedah-kaedah terbaik untuk mengatasi setiap permasalahan tersebut.

Sanggar kerja ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nizaita Omar, Pengarah Pusat Kualiti Akademik dan E-Pembelajaran (AQEL), UniSZA. Pada satu sesi dalam program ini, beliau berkongsi tentang tatacara yang betul melibatkan pengurusan dokumen-dokumen MQA serta prosedur untuk memohon kelulusan daripada pihak MQA bagi setiap permohonan penawaran program baharu yang sedang diusahakan.

 

ll Galeri ll