Artikel

Cetak

Sambutan Hari Keluarga FBK 2015

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah menganjurkan Hari Keluarga FBK pada 27 & 28 Februari 2015 di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu. Lebih 38 orang kakitangan FBK dan keluarga masing-masing hadir pada hari keluarga yang diadakan dalam suasana meriah.

Dekan FBK, Y.Brs. Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Latiff Azmi telah merasmikan Hari Keluarga FBK. Dr. Nazri dalam ucapannya berkata Hari Keluarga FBK diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara kakitangan FBK dan keluarga masing-masing. Hari keluarga FBK pada kali ini bertemakan ‘Ukhwah Erat, Keluarga FBK Sepakat’.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang Hari Keluarga tersebut seperti sesi ta’aruf, solat berjemaah dan tazkirah, pertukaran hadiah, kerusi muzik, tiup tepung, pecah belon, pertunjukan fesyen kanak-kanak, mewarna, membina menara dan mengasingkan kacang. Kesemua aktiviti ini disertai oleh kakitangan FBK dan ahli keluarga yang hadir pada hari tersebut.

Acara Hari Keluarga FBK diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup oleh Y.Brs. Prof. Madya Dr. Normah Yusof, Timbalan Dekan Akademik & Siswazah. Seterusnya diikuti dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap aktiviti yang dipertandingkan sepanjang dua hari program berlangsung.


|| Galeri || Video ||