Artikel

Cetak

Pertemuan dengan Pelajar TESL di Tembila

Ditulis oleh Pentadbir.

pertemuan

 

Para pelajar Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah berpindah ke Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Tembila bermula 1 Februari yang lalu. Seramai 99 orang pelajar TESL semester tiga telah berpindah ke Kampus Tembila bersama tiga orang pensyarah dari FBK. Sehubungan dengan itu, satu majlis pertemuan antara para pensyarah FBK dan para pelajar TESL telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 5 Mac 2015 di Kampus Tembila.
Seramai 30 orang pensyarah dari FBK bertolak menaiki bas seawal jam 7.30 pagi untuk ke Kampus Tembila bagi menyertai pertemuan berkenaan. Sesi pertemuan yang diadakan pada jam 11.00 pagi itu berjalan dengan lancar dan meriah.
Sesi pertemuan dengan pelajar dimulakan dengan taklimat ringkas daripada penyelaras Program Diploma TESL, Puan Mairas Abd. Rahman tentang suasana pembelajaran di kampus berkenaan dan disusuli dengan persembahan montaj yang disediakan oleh pelajar TESL.
Dalam sesi pertemuan tersebut juga, para pelajar berkesempatan untuk berkongsi pengalaman mereka berpindah ke tempat baharu dan menimba ilmu di kawasan yang asing bagi mereka. Rata-rata pelajar melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan mengenali rakan-rakan dengan lebih rapat di samping mengukuhkan ikatan ukhwah sesama mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kekangan dan permasalahan yang mereka hadapi dan perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh para pelajar berkenaan kepada pihak pengurusan FBK. Semua isu yang berbangkit telah mendapat perhatian yang sewajarnya oleh Dekan FBK, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Latiff Azmi.
Sesi pertemuan berakhir pada jam 1.00 petang dengan jamuan ringan.

 

ll Galeri ll