Artikel

Cetak

Bengkel Microsoft Word

Ditulis oleh Pentadbir.

Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah menganjurkan Bengkel Microsoft Word dalam Penulisan Laporan Penyelidikan sebanyak dua siri. Siri pertama telah diadakan di Makmal Komputer Blok Umar pada 9 Mac 2015. Manakala siri kedua pula telah diadakan pada 16 Mac 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat FBK. Bengkel ini bertujuan mendedahkan kepada para penyelidik berkenaan fungsi-fungsi yang terdapat dalam perisian Microsoft Word. Fungsi-fungsi ini dapat membantu para penyelidik bagi mempermudahkan proses penyediaan laporan penyelidikan. Antara fungsi utama yang dikongsi dalam bengkel tersebut adalah seperti berikut:

  • Page break
  • Page navigation
  • Header & footer
  • Review/comment
  • Citation database
  • Pembinaan rajah dan jadual
  • Pembinaan bibliografi automatik
  • Pembinaan isi kandungan automatik

Bengkel ini telah dikendalikan oleh salah seorang ahli fakulti ini iaitu Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab (PPBA), FBK.

|| Galeri ||