Artikel

Cetak

Kolokium Siswazah

Ditulis oleh Pentadbir.

Kolokium Siswazah yang pertama bagi tahun 2015, Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah diadakan pada 22 Mac 2015 bertempat di bilik Umar UniSZA. Kolokium ini bermula pada jam 10.00 pagi. Seramai dua orang pelajar siswazah telah membentangkan sebahagian dapatan kajian mereka. Dua pelajar tersebut adalah Izzah binti Rushadi dan Kazimah binti Kadai. Pelbagai soalan, cadangan dan penambahbaikan dikongsi dalam setiap sesi pembentangan. Kolokium ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar siswazah, para penyelia, pemeriksa serta pensyarah FBK. Kolokium ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

|| Galeri ||